2

RINDU



Tibe2 rasa ni datang.
Tak tau mengapa,tak tau bagaimana.
Yang aku tau,tibe2 hati ni sebak,mata mula bergenang.
Tak dapat dinafikan,rupanya aku belum mampu melupakan semua nya secara menyeluruh.
Boleh pulak dalam kesibukan yang amat ni,aku leh teringat kat benda2 yang tak sepatutnye.
Hampeh!~
Takpe,adatla kan,mane leh lupekan semudah itu.
Perjalanan 6tahun,mungkin perjalanan tuk lupakan nya pula dalam 3tahun.
Hahahahahaha!!kalo betul,mau naya aku.
Tak pe ALLAH sentiasa bersama umatnya yang sabar ;)

0

PENAT YANG AMAT

Tak tau aku nak start cam mana,yang penting 2 minggu kebelakangan ni aku penat yang amat sangat.
Uruskan macam2,nak citer satu2 dan update kat sini pun langsung tak menyempat.Selama empat hari ni pun baru hari ni aku ngadap laptop.
Badan sakit,seleseme,penat,letih,semua ada la.
Takpe2 bersusah2 dulu Dee,bersenang2 kemudian.
Ok la,next time la aku berceloteh panjang lebar sikit.
Hari ni setakat ni jek la.
Mood takde,keje lain banyak menungu.
Daa!!~
0

KESERABUTAN

Sungguh berserabut aku hari ni.
Banyak betul benda menanti aku untuk di buat.
Terasa macam sungguh tak cukup rehat.
Penat mental.Penat fizikal.
Semoga hari mendatang lebih mudah.
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan ku.


"YA ALLAH,TIDAK ADA YANG MUDAH,ENGKAULAH 
YANG MENJADIKAN YANG SUSAH ITU MUDAH"
AMIN
2

ICE ROOM (nyam..nyam..nyam)


Disebabkan tak jadik balik pada hari Ahad,jadi pada hari Isnin aku berkesempatan berjumpa ngan dak sengal ini.Ikhwan namanya,tapi kami selesa panggil dia iwang.huhuhu.Disebabkan die dah janji nak belanja aku ICE ROOM yang sedap tuh,jadi aku agak excited la mau jumpe dier ;p

eh takdela,kalau die tak banje pun aku tetap suke nak jumpe die.Tapi kurang excited la.
Sebenarnya aku baru gak kenal dak senget ni,baru 5,6 bulan yang lepas.Kenal pun coz praktikal dept sama.
Tapi gaya cam dah lama kenal.(susah tau aku nak rapat ngan org ni.dia ni spesel kes sket)

Kat ICE ROOM ni terdapat banyak pilihan aiskrim yang sedap2.Makanan nya pun tidak kurang hebat nya.

Si pembelanja haruslah interprem.

Aku makan Chicken Bologness Spagheti dan Nut Case Ice-Cream.Sedap wooooo!!!
Tapi cam biasa la,disebabkan spagheti tu terlalu banyak,iwang gak kena habiskan tuk aku.huhuhu.
Takpe,dak ni nampak je kecik,tapi kuat makan.Jangan tak tau,time kat SONY dulu dia la selalu tolng perabih makanan aku ngn jena yang most the time tak abes tuh.Cam die kate "aku ni dah cam tong sampah"

 Antara view ICE ROOM di BANGI.Jika kesana singgah2 la.Tak rugi tau! DIJAMIN SEDAP ;)

Dah makan2,kami pun borak2 la,daripada satu topik ke satu topik.Tapi most of the topic was all bout SONY.huhuhu.Ye ler org tuh keje SONY.Tapi ada satu topik aku tergelak beso,rupanya saat2 akhir aku kat SONY tuh,kak ina (akak kat dept kiterorg) ingat aku cam ade skandal ngan iwang dak senget ni.Adoiyai! tak cukup ngan mat cashier kat SONY tuh ingat aku aweq iwang,kak ina pun turut serta ke?APEKAH?huhuhu.
Mau perang dunia iwang ngan aweq dia nanti.
Aku rasa kami berempat mang rapat.aku,jena,yanie dan iwang.Takde unsur2 kapel mapel ni.huhuhu



Thanks iwang coz belanja aiskrim sedap!Len kali banje lagi k ;p orang dah keje kan?mestila takde hal nak lanje.eheheheh.
3

Penat Tak Mengapa Asalkan Seronok ;)

18/12/2010- SABTU
Sebelum bertolak,malamnya sudah siap2 packing segala.Bangun seawal 9pagi (payah aku nak bangun time ni lebih2 lagi hari minggu)
kemudian pukul10 kami pun gerak ke bp,singgah summit jap coz nk setting rambut dan Eip mau makan kentang MR MAGIC.

Cantik kan aku pas dah set rambut tuh ;p kalau tak dah cam pempuan giler.ehehehe.
Lepas setel semua hal kat Summit,makan dah,set rambut dah,kencing pun dah.Kami pun shoot ke Melaka.Singgah ke Melaka amik Baby(adik Eip) dan Joe.
Amik Baby dekat UITM Lendu.Alang dah singgah kat situ ape lagi,foto2 la.Ternampak lak tasik yang indah belakang hostel Baby tu (Kolej Tun Fatimah) siap ngan jambatan lagi.


Siap2 berfoto kami pun gerak semula,gi amik joe pulak kat mane tuh Taman Tanjung Minyak Setia (pergh ingat gak aku)
Berkali2 tepon joe coz tak tau jalan.Biasa la kan. I tak biasa taman2 kat Melaka ni.huhuhu.
Setel amik joe,kami bergegas ke Melaka Central pula.(bergegas siot.eceh!) Ke Melaka Central coz nak setel hal tiket Baby dan Joe nak beli hadiah tuk wed Juju.Tu la joe ni awal2 suh beli tak mau.Ngade!

Singgah R&R tukau baju kurung.Yela kan kate nak gi kenduri takkan nak kai baju cenggini.Tak senonoh langsung.
Pastu anto eip kat Petronas mane tah,aku pun tak pasti.Member2 dia dah tunggu sana.Eip mau ke Majlis Sambutan Hari Jadi kawan nya encik Jambu.
Pas drop eip dan Baby.Aku dan Joe pun sambung semula perjalanan kami ke Gombak demi Majlis Juju.Walaupun sesat barat,tapi diatas susah payah Joe tanya2 member dia dan juga pak cik di pasar malam,akhirnya kami pun tiba di destinasinya.

Berfoto kat pelamin pun sengsorang jek,siapakah gerangan yang bertuah bakal menemani di sebelah.
wink2! ^ ^
Setelah kenyang makan.Aku dan Joe gerak tuk amik Eip di Bukit Ampang.Party mereka di Panorama Ampang.Cantik la siot kat situ.Len kali aku pun mesti makan2 dan lepak2 kat situ.MESTI ok!!
Dek kerana daripada pukul10 pagi sampai la kul11 mlm aku drive xhenti tambahan pula berkasut tumit tinggi,maka kaki dan punggung ku sudah begitu sakit dan letih.Akhirnya terkeluar juga daripada mulut ku "Joe bape lame ko xdrive?"
Hahahaha!!mengalah jugak aku akhirnya.Tak tahan wooo!!
Masa Joe drive tu ALLAH jek tau betape seriau nye aku.huhuhu.



0

SEDIH+CEMBURU

Hari ni pas aku tengok ALBUM itu,tiba2 aku merasa sangat sedih dan cemburu.
Mengapakah?Apakah?Bagaimanakah aku boleh merasa sebegitu?
Adakah aku betul menyukai Dia?
Aku tak rasa aku suka sampai boleh sedih dan cemburu.
Mungkin aku merasa cemburu kerana tertanya2 bila pula giliran aku untuk merasa bahgia sebegitu.
Semoga berbahgia pada mereka.
Setiap orang ada masa nya,Sabar lah Dee.
ALLAH sentiasa menyayangi umat nya.
0

Jalan2 Perabih Duit

Beberapa hari ni duit aku banyak betul abis.Macam air jek duit kuar.Adakah aku terlalu boros??Tak kot ;p semua yang aku beli aku mang nak pakai.Tak leh jadik ni,pasni kene berjimat,jangan la dok perabih duit yang sikit tuh,nanti langsung takde sape yang susah??ko jugak yang susah Dee.

Esok nak gi wedding juju kat gombak,packing baju dah siap ;)
hadiah pun dah beli semalam.
Ada beberapa menjadi pilihan hati ku,akhirnya aku memilih frame.

ni dia.frame yg leh memuatkan 7 gambar berukuran 11R.
tara!!!siap di sampul!!thanks to Eip kerana membantu ;)
Lepas tu aku pun berjalan2 la tawaf kat BP Mall tu.Pastu teringat bekalan2 make up aku dah kehabisan.Compact powder dah kene korek2 nak pakai,foundation dah tak dapat dikesan,blusher dah tingal sikit sangat,lipstick yang ada tak betul2 sesuai ngan aku setakat ni.Mak aih tak nak cam banyak pulak kan ko nak beli.Nak beli semua sekaligus tak nak rabak pulak ko kan Dee.
Akhirnya aku membuat keputusan hanya beli foundation dan compact powder je,yang selebihnya nanti2 la ye ;)
Beli produk Za pulak tuh!Cam nak menangis je pikir balik.Yela aku tak pernah la nak pakai produk mahal2 sangat ni,memandang kan aku ni STUDENT lagi,masih makan tangung berak cangkung lagi oleh bapak aku.huhuhu.Tapi takpe biasanya ko pakai tuk masa yang lame kan makeup camni (sedapkan hati sendirik.eheheh)

Yeay!!dah ade foundation & compact powder baru!!

Setelah dibogelkan.
Dah siap setting!!syuke2!!
Mengikut kata rakan compact powder Za ni bagus,mengikut pengalaman dia memakainya la kan.Ianya boleh mengelakkan muka berminyak dan dapat menyembunyikan parut2 kecil.(ek eh,dah macam buat iklan pulak aku).Mengikut kata rakan aku ni jugak,Za ni bawah satu bumbung ngan Shiseido(tul ke aku eja ni ek?Taramkan!)
Disebabkan aku beli cecah RM50 aku dapat la casing compact powder yang kiut pinky2 tu setelah aku menambah RM1.(peliknya!!sejak bila ko minat pink2 ni Dee??apekah??adekah??)
So total aku perlu bayar adalah 59 henget berape sen tah.
Takpe la sekurang2 nya aku puas hati,takdela over bajet sangat. ;)

Pastu keesokan harinya pulak (iaitu pada 17/12/2010) aku menuju ke BP Mall lagi.
Tujuan nya hanyalah untuk beli greeting card yang aku terlupa nak beli semalam,
Dengan bertekad tak mau dah beli pape lagi selain card tu jek aku masuk ke dalam.
Sudah nya aku kuar dengan satu beg plastik berisi beg makeup kecik ngan bebrapa span muka.
(Hampeh betol!Cisss bedebah!!Kuat tul nafsu membeli ko ni Dee.Tak Gune!!)

Obviously that my favourite color is BLUE!!
Dah siap sumbat make up yang xseberape aku ade ni.Yang baru mesti la di atas ;p

Esok nak gerak ke Melaka then shoot ke Gombak pergi wed juju,nak bangun awal kononya,tapi dah kul 3pagi ni aku still tak reti2 nak tido.huhuhu.
Mari beradu Dee sayang!~
0

Yesterday

Yesterday,all my troubles seem so far away.......

Semalam siang harinya serabut2 pasal pelbagai masalah.
Malam harinya bergembira dan menyenangkan hati yang gundah.
Thanks to yun and lopes kerana membuat hari semalam ku sedikit bermakna.
Karok beberapa lagu kat Square One Mall,thanks to lopes coz belanje.
Then gi BP Mall tengok Filem Aku Tak Bodoh.Thanks to lopes again,because of him we can watch for free ;)
Komen tuk cerita ni,pada aku cerita ni ok la,walaupun banyak lawak2 bodoh tapi mampu membingitkan satu panggung ngan gelak ketawa yang amat besar.Gelak sakan aku ngan yun.wahahahahaha.
Tapi mesej nilai2 kekeluargaan amat ketara dalam cerita ni.Elok di tonton oleh ibu bapa zaman sekarang yang terlalu sibuk mengejar kekayaan dunia hinggakan anak-anak terabai.
Sebelum aku tengok cerita ni ramai yang kata cerita ni tak besh la cam hape la.
Tapi pada aku cerita ni ok.Ada unsur lawak nya,ada unsur sedih&sentimentalnya dan juga terdapat unsur2 pengajaran tersurat dan tersirat nya.

Suka scene ni,gaya cam nak watpe je mat 2 org ni ;p

Sudin,Jefri,Roy.!!handsome tol Sudin ni.!!(Aeril Zafrel:Nama sebenar)
Biasalah kan,filem2 atau cerita2 ni,ikut perspektif masing2 nak bagi pendapat dan pandangan kan.Perspektif dan pandangan orang berbeza2.Jadi try la tengok dulu baru leh tau sedap ke tidak ke cerita ni ;)
0

Rumah Sewa OoOoOoOo Rumah Sewa

Pening aku harini!!Semuanya disebabkan rumah sewa punya pasal!!Masalah rumah sewa takde,masalah bajet dan juga lain2 yang wat aku serabot teramat.Aku tak mau dok umah sewa tanpa Jena.(pergh!!mesti jena banga bila tau dia tersangat penting bagi aku)neway dia mang penting pun!!!
Takkan la dah takde langsung umah sewa yang tingal tuk kami di Parit Rojo bumi gemilang ini.huhuhuhu.Siapa2 yang ada umah sewa yang ok dan tak terlalu mahal mari la kemari kepada ku.Adoiyai!!
Takpe,tak payah nak serabot2 sangat.Rileks2 je.i'ALLAH akan ada jalan penyelesainnya.Malam ni pegi karok ngan tengok movie bersama Yun&Lopes.Thanks Lopes coz nak lanje ;)
0

Akhirnya....

Dapat jugak baju untuk wed sabtu ni.Pas balik kerja tadi terus bergegas meredah ke semua kedai baju kurung kat parit rojo tuh.Bertemankan 2 rakan lagi,eip dan mun.Mekaseh kengkawan teman saya yang payah nak wat pilihan ni.Terima kasih jugak tolong saya pilih dan memberi pandangan masing2.hehehehe.Bajet around RM70 je,tapi last2 beli yang RM100 gaks.Hahahampeh tol la ko ni Dee.Mang tak leh berjimat langsung!
Kain nye pelik gila.Aku lak cam orang ngok,tak reti pakai.ngeh2.Nasib baik ade makcik sorang ni tolong pakaikan ;) (Mak Cik Balqis Amira)
Dah terover bajet tang baju,kene kurang kan siket perbelanjaan tang lain nya.Mungkin ada barang lain yang patut aku kensel tuk beli.
Masa beli baju kurung tu tadi tak perasan pun rupanya ianya adalah Baju Kurung Pahang.Asal cantek je aku angkut la.Dah kat umah baru pasan.Eheh.
Tapi yang paling aku suke aku nampak kurus bila pakai baju baru ni. ;) yes!!mungkin kerana baju nya warna hitam


 *Dah ngantuk,penat sangat harini.Tido yok!!sok kene awaal.Asyik datang keje lambat jek.
2

SALE!!SALE!!

Pegi BP mall nak beli baju kurung tuk wed ngan handbag tapi tak ade yang betol2 berkenan.
Kalau ada yang kenan pun harga nya mahal gila,tahap tak leh handel dan tak leh diterima dek akal aku.
Tunggu aku keje la beb!!huhuhuhu!! (tau pun ko Dee tapi nak shopping sakan gaya cam banyak duit,anak orang kaya!Cis!!)
Takpe2 malam ni kene beli gak tak kira apa terjadik.Beli kat area parit raja pun oke la.Ehehehehe.Banyak gak yang cantik2 dan yang penting yang aku mampu beli.huhuhu.Sabtu ni dah majlis nya jangan sampai tak ade baju nak pakai sudeh!

SALE!!SALE!!Sale sana sini buat aku hampir gila,sampai 2hb Januari kot,biasa la kan hujung tahun camni mmg mengila sana sini LESS,sana sini DISCOUNT.Tapi kalau tak de duet Less ke,bapak diskaun ke,tara guna beb!!.Sabo Dee.Jangan nak membazir macam2,elaun RA pun langsung tak dapat lagi ni.
Mata rambang je aku ni tengok suma benda,kalau boleh cam nak angkat je sume barang kat shopping complex tu kasik penuh satu kereta,lagi2 tengok yang 50%,70%,80% tak nak hampir gila meroyan lak aku kan.Tapi at last outcome nya aku kua daripada BP Mall ngan tangan kosong,juz beli air Cool Blog je kat situ.wakakakakak.Tak puas nak memilih.Cam tak cukup masa je.Takpe2 nantikan kedatangan ku lagi dalam masa yang amat terdekat BP Mall,Square One dan tidak dilupakan juga, SUMMIT.
0

Pelbagai Rasa

Rasa tak besh (sebab mimpi yang tak besh.tu la sape suh ko tido waktu maghrib Dee oiiii!~)
Tak pasal2 bangun tido trus perkataan setan terkeluar daripada mulut aku.
Rasa Rindu, rindu kat Jena,cepat la datang ke bumi parit raja ni.Tak sabarnya nak tunggu 26hb.Cepatla!Cepatla!!
Rasa Risau,sebab tak dapat lagi umah sewa untuk kami menetap sepanjang 2tahun ni i'ALLAH.
Rasa tak selesa,sebab menumpang umah sewa orang,orang nya pulak ku baru kenal bulan lepas.Mau tak malu2 aku dengan mereka (aku ni dah la pemalu orgnya *blushing*)
Rasa nyampah,haaa yang ni punya rasa kronik sikit,baik aku tak citer lebih lanjut kat sini.Biarlah jadik rahsia hati aku.
Rasa Sedih,sedih dengan mimpi yang tah pape tadi,coz ade kene mengene ngan masa lalu ku yang pahit ;( heh!let it go Dee!!

Rase nak sarapan esok kat Kluang Rail Coffee.Slurppp!!kopi yang kaw.nasik lemak yang asli,roti bakar yang sodap!!Tibe2 rasa sangat lapar.
Siapa2 yang pegi Kluang tu jangan tak singgah kat sini,Rugi tau.kalau nak feel lebih pegi la yang betol2 sebelah stesen keretapi tu.Tapi pada yang nak ala2 eksklusif sikit pegi kt branch yang baru yang kat roundabout tu.

yang ni betol2 dekat stesen keretapi

Ramai tau yang suka makan sini!!Tak kira bangsa ok! 1 MALAYSIA gitu

Kopi yang kaw!!nice one!!~i like!!coffee addict ;p

Nasik lemak.3,4 sudu jek aku leh abiskan satu bungkus!Bukan sebab aku kuat makan oke!!tp sbb kuantiti nya sikit,sesuai la ngan harga nya RM0.50 tak silap aku.

Toasted pita bun
Toasted Bread
Ada dua jenis roti bakar boleh order kat sini.Tapi aku prefer toasted bread ;) aku lebih suka yang ni.Lebih klasik gitu.Haish!!!Esok kena pergi jugak la sarap kat sana,walaupun perlukan sejam nak sampai sana.Eheheheh.Kalau pasal makan,ape pun ko sanggup Dee oiiiii!! ;)
Mari kita ramai2 ke sana.Lagi ramai lagi meriah!Eceh!~
Sebelum tu.kita Tidur dulu!Daaaaa!!!~~

Nak gak leta pic kami.Yg ni kat Kluang Rail Coffee yg baru.
OK!!Skang  baru leh tol2 tido!~
0

PLANNING~ Sampai Pening!!~

Sebelum wat sesuatu tu kene plan dulu kalau tak lain yang jadik nya.Macam nak beli sabun je mula2 plan nya.Tibe2 terbeli jeans sehelai,baju sehelai,perfume sebotol kecik dan juga gelang kaki tak pasal2  ;p (tapi nasib baik la sabun tak dilupa untuk di beli).

Ok sebelum makin banyak duit mengalir cam air,baik buat perancangan terperinci dulu;Mari!!

Nak Beli:
1.Foundation: RM30++
2.Compact Powder: RM20++
3.Eye-Liner:RM10++
4.Mascara: tak payah la kot,eip nak bagi pakai dia punya je kot(bodyshop nye lagi)
5.HADIAH JUJU: RM20++
6.Baju tuk g ju wed: RM70++


Barang perlu diambil kat rumah Baba:
Tilam
Hanger
Baldi
Meja Kecik
*apa lagi ek?macam banyak je nak di bawa lagi.Tapi takpe la bawak sikit2 jek dulu sementare menumpang umah sewe org dulu ni*
                                                          

Budget perjalanan:(BP-KL-BP)
Tol(pergi dan balik): RM60
Petrol: RM100++
Makan2&Jalan2:RM100++

Roughly,total: RM410++


Sampai sana nak jalan2,hoya2 nak jumpa iwan!!iwan nak lanje iceroom!!yeah!!nak order banyak2 ;p dah lama tak makan aiskrim sedap!!beshnye!!
0

LAGU TEMA MINGGU INI ;)

Pernah

Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku
Uhh yeahh

Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya


Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru... uh yeah...
Kerana aku pernah... pernah yeah...



Ya,aku PERNAH.Aku pernah jatuh cinta,aku pernah bahagia dan aku juga sempat merana,bukan takat sempat,lama sebenarnya.ehehe.Tapi biasa la kan lumrah hidup ada naik turun nya.ALLAH tak kan menguji umat nya melebihi kemampuan mereka.
0

SUKA2 JALAN2 (4th Dis 2010)

Aku suka jalan2 tidak kira bersama keluarga atau rakan2.Asalkan aku boleh jalan2 dan tidak terperap di  rumah saja.Aku tak suka duduk di rumah tanpa aktiviti tapi aku sangat suka tidur di rumah.ehehehe.Tak kesah la jalan2 dekat2 je ke ataupun jauh2 asalkan aku xberada di rumah kebosanan.Bebel banyak2 pulak aku ni.Niat di hati nak bercerita pasal kegiatan aku sepanjang hari pada tanggal 4 Disember ini.Perjalanan bermula selepas zohor bersama Emak,Zai(kakak ipar),Syed,Usin dan Ika.
Destinasi pertama: Ayer Hitam
Tujuan: Mencari penganti bantal busuk untuk Zul Harzani (ank sedara ku)

Ha!!inilah yang dicari2.Kat bp boleh tak ada dah design yang ni.(Harganya: RM19.90,selepas diskusi yang singkat dapat la dgn RM15)
3

SATU MUHARRAM DETIK PERMULAAN

Esok hari pertama di tahun baru,tahun Islam mari kita sama2 mulakan tahun baru dengan penuh keredhaan oleh ALLAH dan juga mengakhiri tahun ini dengan keinsafan di atas perkara2 buruk yang telah kita lakukan.Yang elok jadikan sempadan yang buruk jadikan teladan.Biarlah hari esok lebih baik daripada hari ini. ;)
Jangan lupa,Akhiri lah tahun ini dengan doa akhir tahun (pada waktu petang lagi beberapa minit sebelum masuk Maghrib)  

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Kemudian disusuli pula dengan doa pembukaan tahun iaitu doa awal tahun.Setiap pengakhiran sesuatu pasti akan ada permulaan yang baru kan? ;)



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

 Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Marilah kita mulakan tahun baru dengan azam baru.Mungkin azam tahun lepas tak tertunai lagi kan?Tapi tak apa mungkin kita boleh perbaiki atau pun "upgrade" sikit azam kita tu kan?ehehe.Tak salah kan.Aku juga ada memasang beberapa azam untuk tahun baru yang bakal menjelang ini.
Baiklah kawan2 sampai di sini saja untuk hari ini.SELAMAT TAHUN BARU ;) Eh,kejap!!sebelum tu mari kita menyanyi sesame sebentar.Hehehe.Nak jugak tu.


Satu Muharram detik permulaann
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan ummat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercintaaa...

corus :
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

*Pasti semua pernah dengar lagu ni kan ;)

0

INSAN2 ISTIMEWA

Setiap insan di dunia ni pasti akan ade memiliki insan-insan yang dikasihi dan tersangat istimewa dalam hidup mereka..begitu juga dengan aku. So hari ini,tika ini,saat ini..saya nak citer serbe sedikit tentang insan-insan yang amat penting dalam hidup aku daripada saya kecil sehingga la sekarang ini ;)
Orang pertama yang TERAMAT penting dalam hidup aku sejak dilahirkan adalah EMAK !!dia adalah segalanya bagi aku,dia ibu,dia sahabat,dia pendengar setia,dia sentiasa memahami aku,dia sentiasa ada bila aku dalam masalah..lebih2 lagi pada tahun 2010 ni dia sangat2 supportive!!!aku terharu sgt2!!
DAYAH SAYANG MAK SANGAT2!!!!



















Orang kedua mestilah ABAH ku ;) walaupun aku selalu xsependapat ngan abah ku ini..tapi aku tetap sayang kan dia..walaupun banyak dan macam2 yang jadik antara aku dan abah dia tetap aku sayang dan penting dalam hidup aku.Tahun lepas terjadi kontroversi antara aku dan abah..aku tersgt2 la sedeh..aku igt abah dah benci dan xsayang aku lagi..tapi ternyata kasih sayang abah xpernah berubah...abah tetap terima aku dan memberi kasih sayang dia seperti dulu ;) aku harap aku xkan meluka kan hati abah.
(permasalahan dunia antara aku dan abah akan ku cerita di lain hari,jika berkesempatan).
Ni lah abah ku..nampak Garang x??garang kan?kan2??


Selain itu..insan-insan terpenting dalam hidup ku adalah ahli keluarga yang lain..mari kita tengok foto2 mereka di bawah ini...kenali diri ku melalui insan-insan istimewa di hati ku ;)

Hero2 ku cyg (Syed Hussein & Mohd ZulHarzani)
Yang xde dalam foto-foto di atas seperti abang ku dan adik bongsu ku..aku sayang korang sangat2 gak!!tula sape suh payah sangat nak berfoto..kan dah xleh nak interprem kat sini..eheheheheh...

Selain daripada ahli keluarga ku kawan-kawan ku juga adalah antara yang teristimewa dalam hidup aku.Aku sayang semua kawan-kawan aku.Tapi ade 2 orang kawan aku yang TERSANGAT ISTIMEWA n aku sayang sangat2!!~

 Ha!!ini dia Yunnissa Anwar ku syg!!aku seperti tidak boleh dipisahkan dpd dia..cewah gaya cam kapel lak..aku knal dia ni dah lame dah..since darjah satu,tapi aku benar2 sedar kewujudan dia pade darjah dua..huhuhu...kami mula rapat dan bersahabat baik pula ketika kami di tingkatan satu..masih ingat lagi ke kamu wahai yun? antara aku dan dia tiada rahsia..kami banyak menghabiskan masa bersama..kalo leh mau jumpa hari2..huhuhuhu!!~

Okeh ini pulak si kecik dan comel ku syg ;) Zarina name nye tapi pangilan manje nye adalah JENA. 
Kami berkenalan sekitar 4tahun yang lalu semenjak kami bergelar pelajar UTHM,aku sebilik ngan dia..makin lama aku makin rapat ngan dia..kemana2 saja berdua..huhuhu..smpaikan excident pun bersama..tapi aku la penyebab nye..ehehe..maap Jena..even perkenalan kami sudah jejak 4thn lebih..seingat aku kami tak pernah gado ;)

Ok..tuh la serbe sedikit mengenai insan-insan penting dalam hidup aku...kalau nak cerita lagi,panjang lebar sebenarnya..tapi mungkin di lain hari dan waktu ;) tak lupa jugak ade sorang lagi insan istinewa dalam hati aku ni..yang xmampu aku lupakan sehingga kini walaupun dia telah melukai aku sedalamnya..biarlah insan tu menjadi rahsia hati aku..mungkin satu hari nanti aku akan berkesempatan dan tergerak nak cerita ceriti tentang DIA..~!!HIDUP MESTI CERIA WALAUPUN HATI TAK GEMBIRA!!~
0

~!PAGI YANG BERJEREBU!~

Seperti biasa pagi ini aku bangun lambat lagi tuk bekerja.Siap2,mandi2,minum secawan kopi 'O' buatan baba yg sgt kaw punye..i like!!! ;) Sarapan xmakan coz biskut jek yang ade..xberminat..(ceh memilih la ko ni Dee). Selepas bermanja2 sebentar ngn anak sedara kesayangan ku ika..aku pun menekan pedal minyak kereta dan terus memecut(pecut la sgt!!). Punch card merah jugak (8.03am) aishh..hampir hari2 aku nyer punch card merah..sungguh xberdedikasi.Yang peliknya pagi2 menuju ke parit raja tibe pandangan ku kabur jek di depan berkabus gitu..aku berpikir..aku kat "Cameron Highland ke hape ni??" atau "Ada kah ini jerebu??xilang lagi ke jerebu kat johor ni??"

 tgk ni xmacam ala2 kabur jek kan..smpaikan spotlight kat stadium tuh pun ala2 blur gitu..xjelas..huhuhu.

Walaupun keadaan kabur2 begini aku tetap gagahkan diri menuju ke bangunan dan ke pintu keramat untuk punch card..(ek eleh ko ni Dee gaya cam bersusah payah sangat jek.HAMPEH)

inilah bangunan yang aku perlu masuk hari2 setiap pagi pukul 8 pagi(jarang skali tepat 8pagi) dan juga petang pada pukul 5ptg( ha yang ni hari2 pun Tepat kul5 aku dah berada kat sini
 Ha meh tunjuk sket punch card aku yang menunjukkan aku malas bangun pagi nya..gi keje lewat manjang..MERAH jek... 

 tengok la di atas ini 3/4 merah aku nyer ketibaan ke tempat kerja..tapi biler tang balek tu..awal jek...PUNCTUAL jek ko kan Dee...ampun Dr Yusri!! ;p
Ok dah2 stop cakap pasal keburukan aku yang selalu datang lambat ke kerja ni..meh citer sket pasal di mane aku wat kerja dan jugak ber"FB"..(keje nye xseberape,chatting,facebooking and merapu yg lebih sebenarnya).Opis konon2 aku adalah di AMMC which stand for Advance Manufacturing and Material Centre.

ok gate di atas ni la yang kadang kala terkunci dan membuat saya dan rakan menanguk kat luar tak leh masuk kerana kami baru disini dan xmemiliki kunci..dan terpaksa menunggu "bapak2" indon yang sudah lama bertapa di AMMC ini sebagai Penjaga tetap ini opis ;p (student master jugak sebenarnye bapak2 ini). Ok lah rasenye stop dulu la kat sini wat masa ni..sambung wat kerja yang sepatutnya seperti baca Journal ataupun mencari info2 yang berkaitan..Bukan men facebook tau Dee!!!



0

START N GO!!

ok start dengan BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM...cewah gaya cam alim waraq jek.Takpe lebih afdal kan.Orang dah lame dah berkecimpung dengan sesi blog mem"blog" ni. Aku lak baru skang nak start.huhuhu.Takpela..pe kate orang putih tu "better late than never" ngehngeh.
Untuk post yang pertame ni meh la aku citer serbe sket nape aku letak ^^xenaphobia^^ ni as my blog name...alamak rojak sungguh bahasa aku ni.Harap maaf la yer.
Based on wikipedia xenaphobia-deep-rooted antipathy towards foreigners, unreasonable fear or hatred of the unfamiliar.
The Dictionary of Psychology defines it as "a fear of strangers".
Amat la sesuai word xenaphobia ni dengan diri aku sebenarnya..huhuhu..kalau orang dah kenal aku agak lama maybe perasan yang aku ni fobia sikit ngan orang baru,tak mudah rapat ataupun mesra dengan orang yang baru dikenali,aku juga tak suke dengan suasana atau surrounding yang baru.Agak tak friendly la aku ni sbenarnya.Ade segelintir juga yang meng"cop" aku ni sombong.Maaf la kepada sesiapa yang menganggap saye begitu..huhuhu...Tapi kan....kalau awak2 sume dah mengenali saye dengan lebih rapat,saye takdela sombong malah saye baik dan jugak agak kepoh2 orang nye tau.. ;p


Masya'allah first entry dah nak bebel2 ngarot panjang2 padehal name sendrik pun x introduce lagi ni.Ok2 name saye SHARIFAH NUR HIDAYAH BINTI SYED SALLEH. Sile panggil saye DAYAH ye..saye sangat2 tak suka orang pangil saya Sharifah,shepah,kak pah dan seangkatan dengannye..harap paham ye semua ;)
Siguiente Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM