0

BERCINTA SEBELUM KAHWIN VS BERCINTA SELEPAS KAHWIN

Apa pendapat kamu semua?masing2 pasti ada pendapat dan pandangan masing2 kan?Ada jugak ideologi2 yang berbeza2 yang bakal mendukung pandangan2 korang kan?
Kalau mengikut Islam adalah haram BERCINTA sebelum berkahwin dan jika tidak mempunyai ikatan yang sah ;)
Tapi Islam tidak melarang bukan untuk mengenali terlebih dahulu calon2 isteri atau suami kamu.
Pada pendapat aku pula,ini hanyalah pendapat aku yang kerdil dan bukan bijak pandai dunia,jadi jika ada yang tercacat cela,harap maaflah ya.Nama pun pendapat kan,tak semestinya betul dan tak semestinya salah ;)
Pada aku kedua2 nya punyai kelemahan dan risiko nya.


BERCINTA SEBELUM KAHWIN


Keburukan: Dikhuatiri akan melebihi batas2 agama,berlakunya maksiat,fitnah dan pandangan tak elok daripada pihak lain,menjadi bahan umpatan,mungkin juga akan terjadi nya Zina,tidak kira zina kecil atau zina besar hingga terhasilnya anak haram,ditipu dan ditingalkan putus ditengah jalan.Jadi jangan la bercinta terlalu lama (Kalau dah berkenan bawakla jumpa ayah dan mama.ehehehe)


Kebaikan: Dapat mengenali hati budi serba sedikit,kenal dengan siapa kita bakal hidup bersama sepanjang hayat,tau keburukan dan kebaikan pasangan walaupun tidak sepenuhnya,tau apa yang pasangan kita suka dan tak suka,mengenali ahli keluarga pasangan dan lain2.


BERCINTA SELEPAS KAHWIN


Keburukan:Baru nak mengenali pasangan kita tu daripada zero.Baru nak tau apa yang dia tak suka.Macam mana kalau si pasangan itu panas baran?Kita buat benda yang dia tak suka?Terus dia mengamuk terus bercerai berai.Masalah jugak tu.Lagi yang parah dibuatnya dah kahwin baru nak tau si pasangan ni penagih dadah tak pun suka dengan kaum sejenis?Tak ke naya tuuuuu...lebih2 lagi kalau pasangan pilihan ibu bapa.Bukan nak salahkan yang memilih,tapi manusia zaman sekarang pandai berlakon dan berpura2 lebih2 lagi depan orang tua.


Kebaikan: Hubungan yang dihalalkan oleh ALLAH dan diredhai, hubungan yang halal ini lebih nikmat untuk dirasai, berada pada landasan Islam, hidup lebih diberkati dan kasih sayang juga semakin erat.


Seperti yang kita semua tahu kedua2 nya ada pro dan kontra nya kan?Cuma cara kita nak menangani nya.Setiap perkara ada batas2 nya.Kenapa kita tak ikut jek kan?Pada zaman sekarang lebih elok kita mengenali dulu serba sedikit tentang bakal pasangan kita,kerana manusia zaman sekarang tidak sama macam zaman tok nenek kita.Kalau dah jadi suami atau isteri kita baru nak menyesal,tak berguna jugak kan?Mungkin lebih elok berkawan dahulu sebelum kahwin kenal dulu hati budi dan betul2 BERCINTA selepas sah menjadi suami isteri.
Ini apa yang aku rasa jek la kan,aku ni pun bukan la baik mana pun,aku pun ada je pengalaman bercinta,lama pulak tuuuu..Setiap manusia di dunia tidak lepas daripada membuat dosa.

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM