0

SETAHUN SUDAH...

Tak sangka..Dah setahun rupanya.Rasanya bagai baru semalam segalanya berlaku.Sekarang aku bahagia dengan kehidupan baru aku ;) walaupun sejujurnya jauh di sudut hati aku, RASA itu masih ada.Aku mampu harunginya dengan senyuman.Senyuman yang meleret tau!huhuhuhu.

UNTUK DIA
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


(Pinjam ye kak FYNN JAMAL)

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM