0

MAKIN MEMBACA MAKIN BANYAK TAK TAHU

Semakin banyak paper aku baca dan analisis semakin aku sedar semakin banyak yang aku tak tahu.
Semakin takut aku jadiknya.
Banyak juga yang Malaysia dah usahakan berkenaan pembuangan elektrik yang tak terkawal ni rupanya.
Cuma rakyat seperti aku ni je yang tak sedar.
Tak ambil tahu perkembangan semasa Negara.
Walaupun tak sehebat dan semaju Europe Union dan Jepun.
Tapi,pendekatan dan percubaan Malaysia harus juga dibanggakan.
Masa pula berlalu dengan pantasnya tanpa menunggu sesiapa.
Pejam celik pejam celik bulan Januari 2011 dah nak berakhir.
Banyak lagi yang perlu aku kaji dan jelajah





Huuuhhhhhhh..Mengeluh aku sendririan.
Dee,mengeluh tak menyelesaikan apa2.
Usaha dengan lebih lagi.Kurang kan main dan hiburan.
Ingat mak abah.
Mak abah percaya dan harapkan kau Dee.
Jangan sesekali hampakan mereka.

Bayangkan kalau semua orang membuang barang2 elektrik dan elektronik mereka tanpa memikirkan impaknya kepada alam sekitar dan orang sekeliling.
Setiap barang2 elektrik yang kita pakai seharian ni sebenarnya terdapat kandungan yang berbahaya yang boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar.
Kita patut mempunyai kesedaran ni lebih lagi dan mengawal pembuangan kita.
Sentiasa berpikir untuk buat sesuatu bukan hanya melibatkan diri kita saja,tetapi orang lain juga.

0 comments:

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM