1

ITS MY BIRTHDAY :) WEEEE!!~

Getting older.older, and older.....aish
Thanks to all the wishes
Really appreciate it..
*Touching*
;-*
Thanks to eip,coz lanje birthday gurl mcd ;p
Thanks to someone that accompany me the whole nite and sing a birthday song to me ;)

0

H|DA|Z

Ade seseorang cabar aku wat entry pasal ni.Pasal asal usul HIDAIZ.Mane datang nya nama HIDAIZ ni?Nape aku suka letak belakang nama aku HIDAIZ?Masa dicabar tuh dalam kepala otak aku ligat dan rasa macam banyak nak dicoretkan.Tapi aku blur dan beku.Lama aku biarkan entry ni menjadi draft semata,tanpa apa2 isi hanyalah tajuk.Setelah berpikir2 akan melibatkan banyak pihak.Ceh gaye cam artis.Tak jadik la nak citer secara detail pasal asal usul HIDAIZ ni.Cukupla sekadar aku kasik tau HIDAIZ ni adalah kombinasi nama aku dengan nama seorang mamat yang aku sangat suka.Dulula tapi,zaman budak2.Kira lelaki pertama yang aku suka la.Ni takleh kira sebagai cinta kot,coz mentah lagi time tu ;p
HIDAIZ ni datang nya daripada idea sorang member aku ni Nabila anak pak Saat yang mencantumkan nama aku ngan mamat ni.Hidayah+Haiz=Hidaiz.Seyes aku suka sangat nama ni.Pandai billa bagi ;)
Terus melekat sampai sekarang.Walaupun aku dah besar dan tak de ati langsung dah kat mamat tuh ;)
Aku dah terasa HIDAIZ tuh dah sebati ngan aku,dah macam name aku,dah macam bukan kombinasi nama ngan sesape.Sampaikan ex aku dulu pun pangil aku IZ singkatan daripada HIDAIZ ehehehehe.
4

HARIJADI DIA

DIA...INSAN PERTAMA YANG BERTAKHTA...
dah2 jangan nak start Dee.ehehehehe.
DIA yang aku maksud kan adalah Khairunnissa si cantik anak pak kerol ;)
26/01/2011 genapla DIA 24 tahun.
Beza umur kami adalah 5 hari saje ;)
Saye mude 5 hari daripada DIA
Kerana sayang sangat ngan DIA aku pun spend time tuk dia 2malam.
Euwwww..sound so lessy la u ni Dee.
Ehehehehe.nope la..saye syg kawan saye.
Lebih2 lagi kawan saye yang satu ni.
Kawan sampai mati ;)

HAPPY BIRTHDAY SAYANG ;)
HAPPY BIRTHDAY TO YUN
HAPPY BIRTHDAY TO YUN
HAPPY BIRTHDAY,HAPPY BIRTHDAY
HAPPY BIRTHDAY TO YUNNNNNNNNNN.....
MUAHXXX55X
0

MAKIN MEMBACA MAKIN BANYAK TAK TAHU

Semakin banyak paper aku baca dan analisis semakin aku sedar semakin banyak yang aku tak tahu.
Semakin takut aku jadiknya.
Banyak juga yang Malaysia dah usahakan berkenaan pembuangan elektrik yang tak terkawal ni rupanya.
Cuma rakyat seperti aku ni je yang tak sedar.
Tak ambil tahu perkembangan semasa Negara.
Walaupun tak sehebat dan semaju Europe Union dan Jepun.
Tapi,pendekatan dan percubaan Malaysia harus juga dibanggakan.
Masa pula berlalu dengan pantasnya tanpa menunggu sesiapa.
Pejam celik pejam celik bulan Januari 2011 dah nak berakhir.
Banyak lagi yang perlu aku kaji dan jelajah





Huuuhhhhhhh..Mengeluh aku sendririan.
Dee,mengeluh tak menyelesaikan apa2.
Usaha dengan lebih lagi.Kurang kan main dan hiburan.
Ingat mak abah.
Mak abah percaya dan harapkan kau Dee.
Jangan sesekali hampakan mereka.

Bayangkan kalau semua orang membuang barang2 elektrik dan elektronik mereka tanpa memikirkan impaknya kepada alam sekitar dan orang sekeliling.
Setiap barang2 elektrik yang kita pakai seharian ni sebenarnya terdapat kandungan yang berbahaya yang boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar.
Kita patut mempunyai kesedaran ni lebih lagi dan mengawal pembuangan kita.
Sentiasa berpikir untuk buat sesuatu bukan hanya melibatkan diri kita saja,tetapi orang lain juga.
4

PERTEMUAN DUA JIWA

MBD4697 <3 JLX4606

Akhirnya Baby Vee bertemu dengan teman sejiwa nye.Pergh!!tak leh blah.eheh.
Si bertuah itu diberi nama Jantan.Jantan dipunyai oleh Si cantikmanis Zarina namanya ;)
Sebelum ni Baby Vee cuma ada teman karib nya Baby Lisa.
Tapi sekarang Baby Vee dah ada kekasih hatinya Jantan <3
Teman satu bumbung.Tidur setiap malam bersama dan saling kesejukan.Together2 gitu.Cewahh!
Sekarang Baby Vee sudah gembira dan bahgia.Cehhh!
Bertambah2 sihat Baby Vee semenjak cedera dulu,setelah bertemu Jantan.
Jantan dilahirkan di Melaka tanah bersejarah.Tetapi menetap di negeri Pahang.
Baby Vee pula dilahirkan di Johor dan menetap di Johor juga.
Johor is da besh!!!~tetibe jek.huhuhuhu.


JANTAN <3 BABY VEE
2

PIPI MEMBENGKAK SEPERTI DITUMBUK

Dah dua hari pipi membengkak,lagak nya seperti ditumbuk.
Tapi takpe masih kekal dengan kecomelan pemberian ALLAH ;)
Mak aih,masuk bakul angkat sendrirk nampak.
Ehehe.
Pipi membengkak sebab sakit gigi dek si bongsu yang baru mau tumbuh.
Umur dah cenggini pun baru nak tumbuh gigi ke?aishh!~
Agak sukar untuk mengunyah dan makan.Tapi aku larungkan jugak.
Kerana NAFSU MAKAN ku lebih kuat meronta daripada kesakitan yang melanda.
Dalam seminggu hilangla rasa sakit tu nanti.
Pastu 2,3minggu lepas tu datang balik rasasakit tu.
Haishh!!si gigi bongsu bila kamu mau kuar sepenuhnya tanpa menyakiti ku lagi.
Cukup2 la menyakiti aku.huhuhuhu.
Gaya cam ape jek.
Ok la berhenti merapu Dee.
Cukup sampai di sini.
Mari sambung menelaah.
0

BROGA HILL


Syantekkkkkkkkk nyerrrrrr...nak pergi sini!!Nak pergi jugak!pergi time birthday tahun ni besh gaks ni!Hadiah tuk diri sendirik.Menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH yang Maha Besar.Nice nyer!!!!!
Aku suke sangat2 menikmati keidahan alam semesta ni..
Yun...Rabeee jom hujung bulan ni kiter gi sane!Mesti besh!
Rabee jadik drebar ek ;p
Celeb beday kat puncak ke.Beday dekat2 tuh.Dah teramat elok la tuh ;)
Duluuu...ade seorang insan suke bawak aku kat tempat2 camni.
Ek eleh tibe2 ko nk wat ayat2 tacing lak Dee.
Wat da fish!
Aku leh gi sendirik la woiii.
Huhuhuhuhu.Aku akan pastikan aku akan sampai tempat ni.
Pastu bantai amik gambo banyak2.
Kate giler bergambo.
Tak sabar nyerrrrrrrrrr.


0

TRAGEDI 13 OGOS

Penyesalan yang tak berkesudahan.
Menyesal dahulu pendapatan,
Menyesal kemudian tidak berguna.
Nah!Padan muka ko Dee!
Kene setempek!
TRAGEDI 13 OGOS 2010
Sangat la tragis dan menyedihkan bagi aku ;(
Pada bulan puasa,awal puasa.
Aku tak ingat puasa yang ke berapa.
Aku telah menyebabkan buah ati ku
BABY VEE <3
Cedera!
Tidak!
Buah ati ku ini baru berusia 8bln ketika itu.
Masih muda dan hingusan lagi.
Kesian dia.
Aku cuak sangat time tuh.
Bukan cuak ape,cuak bapak aku ngamuk
Yela time tuh pukul 2 pagi.
Memang mati kalau bapak aku tau.
Carik ape pepagi buta anak dara kat luar??
Bulan baik hari baik.
Pastu ade terselit seorang jejaka pulak.
Diculik oleh kami ;p

Mangsa2 dan saksi2 kejadian 
Mak aih foto di atas tu.Muka pesalah sungguh tak boleh blah!
Langsung tak menunjukkan rasa bersalah!
Cis!
Kesian pak cik perdana.
Terkesima dan terdiam selama setengah jam.
Ewah over!Tak de la sampai setengah jam!
Ye pesalah tu memang teramat bersalah.
Ada ke kat simpang tak nak berhenti.
Kan dah berdentum.
Aishhh!
Lama jugak aku kehilangan buah ati ku ;(
Selama dua bulan.
Lama la siot!
"Patah kaki" gak la aku time tuh.
Tapi sekarang buah ati ku dah sehat semula.
Dah comei semula ;)
Janji takkan menyakiti baby lagi.

Kecederaan yang dialami Buah ati ku

0

TIDUR KU TERGANGGU

Badan tak sedap + letih 
Lepas maghrib trus menidurkan diri
Tekak dah stat sakit,hingus meleleh
Tidur ngan lenanya
Langsung xmemperdulikan perbualan Jena & Eip
Tiba2 ada suara dari luar rumah
Dayah2..oOoOoO Dayah...
Eishk!Mesti dak umah sebelah yang selalu menjadi penyambut tetamu tuh
Aku wat tak denga jek mule2
Tapi selagi aku tak nyahut,selagi tuh die pangil
Tak mampu,nyahut gak aku akhirnya.
ADOIIII!!! juz nak tanye name penuh aku???
WTF??
Aku ngah sedap lena la org sebelah oiiiii!!
Sabo jek la...

2

PESANAN BUAT TEMAN

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia
terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah tapi yang
indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andai hadirnya cinta sekadar
untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Kecewa
bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.

Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.




Jadi kepada teman,lupakan la yang berlalu,ya aku tau ianya tak mudah,kerna aku jua pernah melaluinya.Dan perjalanan nya amat perit.Aku mengerti,walaupun tak sepenuhnya,kerna masalah kita tidak serupa. 
Pelan2 semuanya akan baik2 saje.Macam yang kau pernah katakan pada ku suatu ketika dulu. ;)
Ingat pada insan2 lain yang masih di sisi <3
Aku bukan calon yang terbaik untuk berkata2,kerna aku lebih teruk suatu ketika dulu.Tapi aku jua tak sanggup kau teman melalui saat yang serupa dengan ku.
Semoga segalanya cepat berlalu ye teman.

4

MENEMANI SI KACAK MENJAMU SELERA ;)

Si Kacak bersunguh menelan ayam grg
Suke tengok si kacak ni makan ayam bersungguh2.Ayam goreng adalah makanan kegemaran si kacak.Dah macam upin ipin la pulak kan?ehehehe
Saya sgt syg anak2 sedara saya!!sape tak syg anak sedare sndrik dee oiii?keco la lu.
Suka layan kerenah mereka,lagi2 yang baru nak membeso ni.
Yang baru nak pandai cakap,suke sgt layan dieorg bercakap.
Yang xleh blah Si Kacak ni leh ckp gini "oOoOo shit" bile eskulator tak berfungsi.
Hahahahahahaha!!adekah aku yang memberi pengaruh buruk?
Nama pun teman si kacak makan,so aku tak makan la coz dah kenyang
Aku amik sikit2 kentang si kacak.
Si kacak ngan comel nye berkata "janganla habiskan"
Hamboi2!!sesedap rase!i tau yang belanje u ni Si Kacak,tak kan makan sikit pun tak bley ;p
"makan abiskan cepat,yayah ade keje ni"
Si Kacak menjwb "lepas mkn kite men sikit2 kat situ he yayah"
Nak jugak Si Kacak men kt playground tuh.
Tak pe layankan...zasss!!
Pastu Si Kacak bersuara lagi "nanti yayah amik gambo ucin kat situ ye" 
Kicik2 dah giler bergambo ini budak.
Puas ati tengok makanan Si Kacak habis licin ;)
Lepastu kami pun berangkat pulang.
Si Kacak berkata "dah maghrib ye yayah"
Hhahahahaha!! "baru pukul 2 la sayang"
Asal kene balik jek dah maghrib, mungkin dlm pemikiran Si Kacak begitu.
Si Kacak pun tau kalau maghrib kene lek umah.
Ko tuh Dee,kdg2 maghrib langor jek.


0

SANA-SINI KAHWIN, SINUN TUNANG

Terasa pelik tengok ramai kengkawan sebaya ramai yang bakal kahwin,yang dah kahwin pun tak kurang jugak.
Ke aku yang pelik?huhuhu.rupa2nya tanpa sedar ko dah tua la Dee oii..lagi 27 hari genap la umur ko 24 tahun.
Tak sangke jek rase,rase cam baru semalam jek abes SPM.huhuhu.Dalam hati still rasa muda.
Orang jumpa aku,percaya je kalau aku cakap aku form5.Muda kan saye? (ngan gaye gedik)
Ok diri sndrik rasa nak muntah.hahahaha.

Bulan 12 yang baru jek berlalu ni,setiap minggu aku ke jemputan,kalau tak jemputan kahwin,jemputan tunang.Dah beso rupenye kita ni kawan2 ek.Dah ade yang bakal jadik ibu lagi.Tapi pangai masing2 masih cam dulu!Senget Benget.huhuhu.

Akibat asek pegi jemputan sana sini,sampai terkeluar ayat pedas daripada Syed adik bongsu aku.
Syed  berkata "akak ni asik pegi kawan2 kahwin jek,akak ni tak kahwin2,tak laku ek?" 
Macam mintak penampo punye soklan ni dik oii!!
aku pun mencantas "Ala yang aku nak pegi ni umo die dah 25 laaaa"
kaver baik punye,pade hal sebelum2 ni jemputan yang aku pegi sume sebaya aku.kahkahkah!
Adik aku sempat lagi membakar hati aku ngan berkata kat abah "abah kena tolong akak ni carik kan jodoh"
pergh!terbaik la..
Abah senyum jek.aku pun tersipu2 malu!!cessss!!padahal dalam hati terbakar jer sambil berkata dalam hati "siap ko jap gi Syed"


Alahai lex la der,muda lagi la,tak puas lagi idop sorang.Nak wat per gopoh2 kan!
Dalam hati "abah tahun depan pastikan dah ade calon untuk Dee" ahahahahaha
Gaya cam desperado. Sejujurnya aku langsung tak sedia untuk bersuami dan berkeluarga.


26/12/10 Izzah tunang (sebaya)
01/01/11 Turn andak lak kawin (yang ni tua 2 tahun) ;p
p/s:aku sangat suka baju pengantin andak!nak jugak camni boleh?tapi kaler biru la..mekaseh!!ehehehe.
0

YUYU HAKUSHO

Hiei,Kurama,Yuusuke,Kuwabara,Keiko,Botan (ingt siut aku nama2 watak ni sume)

Komik kegemaran ku waktu dulu kala,memang komik no 1 la bagi aku Yuyu Hakusho ni.Zaman budak2 lagi.
Sebok menelaah komik ni waktu darjah 6 bukan sebok menelaah buku tuk UPSR.huhuhuhu.
Smart giler citer ni aku rase!HERO die kire BF no1 aku la time tuh URAMESHI YUUSUKE!


Walaupun crite ni mengarut abes la,smpai menyimpang ke anak setan kacuk ngn anak manusia,aku tetap layankan.Ala lex la kate komik.Mesti la mengarut lebey.Aku ngn kawan2 aku layan komik ni smpai terpengaruh ngan dialog2 nye,ingat lagi..Mye mengilai Hiei,Raihana mengilai Kurama.wahahaha.Gaya cam wujud jek.



Encem kan BF zaman kanak2 aku dulu.ngeh2.,Macho wooo..Lagi bertambah2 gila aku.aweq mat macho ni dalam komik tuh siap sama birthday ngan aku,fav color pun biru,sama lagi ngan aku.Caghe ar..ahahahaha.
DEE2 mang budak2 abes ko time tuh.
Siguiente Anterior Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM