3

ISRAK MIKRAJ


Hari ni tanggal 26 Rejab 1432 bersamaan dengan 28 Jun 2011
Adalah malam Israk Mikraj
Sebenarnya...
untuk pengetahuan bersama 
tarikh sebenar berlakunya Peristiwa Israk Mikraj ni pun sebenarnya bukan pada 27 Rejab. Tarikh 27 Rejab ni Malaysia ambil sebagai panduan je. Tarikh sebenar masih lagi dalam perbahasan ulama-ulama dunia.
Tarikh adalah sekadar catatan nombor bila ianya berlaku.
Apa yang paling penting adalah isi kejadian dan sejarah nya
Yang boleh membawa iktibar,teladan dan petunjuk.
Sebelum kita lihat apakah antara peristiwa yang terjadi pada Israk Mikraj ni,
Mari kita singkap bersama apa dia maksud Israk dan Mikraj ni.
Setelah mengambil daripada sumber yang boleh dipercayai.
Inilah Hasilnya:
 Isra' membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. 

Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.(Sidratul Muntaha= tempat di mana ilmu dan akal makhluk Allah di dunia iaitu manusia atau jin tidak mampu sampai) 

Mari kita lihat rentetan peristiwa

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


 Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  • Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

Dapat disimpulkan disini peristiwa Israk Mikraj ini bukanlah semata2 peristiwa yang berada dalam lipatan sejarah yang harus diingati,tetapi penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Aku bukan la baik sangat atau alim wara' tapi dari pandangan aku seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Insya'ALLAH ;)
0

PENGEMIS CINTA

Tajuk: Pengemis Cinta
Penyanyi: Ella

Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah
Menangis hati memanggilmu

Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu

Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan

Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu

Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi



Lame x update!tibe2 keluar luahan hati lak..gune lagu jek la...nk gune bhase sendrik takot korang muntah darah pulak ;p
0

ROOM SWEET ROOM

Saje bergedik nak menghias bilek.
Ngemas nye malas.
Muahahah.
Xsenonoh punye anak dare.
Tadi gi air hitam teman eip beli beberape barang.
Tibe2 nampak wall sticker.
Terase nak beli.
Terus jek beli.eheheh.
Kalo menghabiskan wet no satu.
Aku beli la dua..tuk aku satu tuk jena satu.
Baru comei...
Comei cam tuan bilek nye..
Sempat lagi masuk bakul angkat sendrik tuh.*xmalu*

TADA!HASILNYA!




Suwit kan?kan2?eheheh

0

BILA SI TECIT DAH PANDAI BERPOSING

XOXO

Si gojes tecit ni dulu depan kamere muke masam jek,wat xtau je.
Sekarang niii...dah pandaiiiii dah macam auntie die yg agak gojes ni *pui!perasan la ko Dee*
Tengok tuh dah pndai meliuk lintuk.huuuuuu..
Syeksiiiii gituuuu kalah auntie nyerrr ;p

Si Gojes dah pndai..pandai posing..mate dah pandai fokus ke kamere


Yang si macho ni pulak posing asik nak beraksi tunjuk kehebatan ;p
Yang si abg yg macho ni pulak nak tunjuk kemachoan nye je kan.
Bergambo asik nak menunjuk aksii...
Ala2 superhero gituuuu..
Hebat terpengaruh dek TV laaa nii...
Xpe,ape2 pun Yayah tetap saaaaayangggg korang ;)
Muahx!~ ;*

XOXO
0

MENGEDIK NAK BERFUTSAL PULA

29 May 2011
Tibe2 join tournament futsal kat parit besar BP
Padehal dah lame nak suke2 men futsal ngan member2,geng BP
Tapi asek tak berkesempatan jek
Tibe2 dak2 Futsal UTHM ajak cukup kan korum join tournament
Memandangkan dak2 ngah cuti sem so pemain2 handalan ramai yang cotii...
Jadi terpakse la pangil pemain tangkap muat seperti aku niiii..
Langsung tak bertauliahh..muahahahah
Rules pon out!
Yela sebelum ni main bodo2 jek.
Tibe2 nak join tournamnent,terngange gaks laaaa..
Seb bek ade lagi 2,3 orang pemain handalan UTHM tak lek cotiii..
Main tendang2 sane sini..bape kali jek ek aku dpt tendang ;p
Tapi ok la dapat gak la tempat ke-3
Tuh pun coz ade kesilapan teknikal tem separuh akhir..
Kalo tak leh dapat tempat ke2 paling2..
ehehehe..
takpela dah xde rezeki..
Asalnye pun datang coz nk suke2 men kan..
Ok la tuh!
Next time leh try lagi.

Kanak2 yang memeriahkan majlis ;p (kanak2 la sgt..kalo kawin dh mak budak dah)

Merancang strategi pemainan tuh penting.Itu guna nye pemain hadalan UTHM kite ni..Miss ZAZA.Yeahhh!!!


Ok smpai disini saje UPDATE BASI untuk masa ini ;) ngehehe
2

HAPPY 50th BIRTHDAY TO MY BELOVED MOM!!!

Puas hati dapat gembira kan Emak Tercinta di hari jadi nya ;)
Makan2 ngan mak
Jalan2,shopping!
Belikan mak Handbag as her birthday present ;)
Suke tengok mak hepi.
Beli skali Jaket idaman aku yg konon2 nye nk adiahkan tuk diri sendiri di harijadi yg ke24 
Yang dah berlalu 5 bulannn..
Muahahahahaha...
Asalkan Bahgia!
Emakkkkk dayah sayang mak sangat2!
Emak sentiase ada dayah..
Selagi dayah benyawe..I'ALLAHHH...
Terima kasih atas segalanyeee Makkk...
*gaye cam mak aku bace je blog aku niiii*
ngeh2!pedulik arrr!~
0

FIRST TIME JOIN CONTEST (MODE:BERIYE)

Tak penah2  masuk contest like2 ni..tbe2 nak masuk lak.
Aku pun tak tau nape.
Saje je kot takde keje (takde keje la sgt,keje xjalan pade hal -_- )
Mekaseh pade rakan2 yang LIKE ;)

Di minta jasa baik kengkawan yang lain..
Tolong la vote yer..
Menambah koleksi LIKE di pic aku ni.
First like page ni dulu.
Then...LIKE kat pic aku ni ye ;)

KLIK SINI YE TUK LIKE ;)

Mekaseh sume!Saaaaayang korang!!(dan2 sayang ;p)

10

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU


Dah lame sangat xjoin program ABG BEN kite niiii..
Bz sket menguruskan hal duniawiii...cewahhh!~
Hari ni rase nak join la..
Cam besh jek program ni..
Leh dapatkan idea n kritikan daripada rakan2 blogger yang lain tentang blog kite sendrik.
Boleh tambah baik ye kan..
Eheheheheh...
Ok kawan2 tuh jek kot.
Kalo nak join sila klik ABG BEN
2

TERJEBAK

Sebok sane sini aku dok dengar orang bercerita pasal Drama Nora Elena...
Seth Tan tu la Seth Tan ni laaa..
Romantik la...Baik la..apelaaaa...
Macam2...
Last2 aku pun wat keptsn nak gak tgk drama ni..nak tau gak ape la yang besh sgt!
Aku ni pulak dah jarang gile tengok tv.
Yela umah sewe aku xde tv la katekan...
Duit disalurkan ke arah keperluan yang lebih pntg..muahahaha..POYO!
So smlm bermula la detik melayan Nora Elena..
huhuhuhu...
aku sudah TERJEBAK juaaaa!!
Dalam xsampai setengah malam pun..aku dah layan 4episod Nora Elena ni..
Haihhh!xjadik kunon2 nye nak wat keje sket.
Sudah nye sampai ke nak tido aku still layan Nora Elena nii..hahahampeh ko Dee..
Setakat 4episod ni...aku mang layan la citer ni..
Tapi aku xnampak lagi ape yang istimewa nye si SETH TAN niii..
seperti yang di gembar gemburkan...
Mungkin di episod2 akan datang...
Malam ni bakal bersambung lagi kegilaan ku mengadap Nora Elena..huhuuuuu ^_^




Layannnnnnnnnnnnnnnn!!zasss!!~

0

HAKIKAT

Tanpa kau sedari sebenarnya seten part die jauh lebih baik daripada kau.
Seten part die lebih bijak dan matang dpd ko.
Seten part ko jauh lebih bodoh daripada dia.
Kenyataan dan hakikat yang amat pedih tuk di terime.
Tapi itu lah realiti nye.
Mungkin dari banyak aspek ko lebih dpd dia Dee tapi ada satu aspek yang sangat penting kau jauh tertinggal daripada dia.
Jadi ko sepatotnye berhenti membanding2.
Just stop!!! All this bullshit things!!! ;(
Arghhhh!~
0

ENTAH -_-



kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

masih kah ada, o...
cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...


Lagu tema harini dituju kan buat seseorang....
2

SAYA ANAK KEDUA YANG BAIK



Daripada dulu lagi aku dah pernah dengar kenyataan ANAK KEDUA ni pasti pelik daripada anak2 yang lain.
Even dalam ilmu perubatan pun ade kenyataan tentang "second child syndrom".Mungkin ada betul nye.
Contoh nya kalau anak2 yang lain ni pandai,baik,comel,mendengar kata pasti ANAK KEDUA akan memiliki sifat sebalik nye...
Aku juga ANAK KEDUA!Tapi aku pun tak pasti aku ni termasuk ke tak dalam golongan "second child syndrom" niiii


Sifat2 ANAK KEDUA kebiasaan nya:
ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!
Ye betul aku anak manja emak ku syg.Tapi aku takde la akan diutamakan antara anak yang lain!Tapi EMAK aku akan sentiasa diutamakan oleh aku!Mak aku adalah segalanya bagi aku!Die yang UTAMA!Dia mak,kawan baik dan pendengar setia yang sentiasa sokong aku!!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..
Ye aku ni memang degil!Tapi aku bukan la yang paling Ketegaq ye.Mungkin sebab adik beradik aku yg lain lagi hebat bab ni.Aku dikire suam2 kuku jek!huhuhu.Kemahuan kuat tuh dah betul la,buat sesuatu sungguh2 tuh pun boleh laaaaa...Kdg2 wat sambil lewa gak seten perkara tuh.Memang aku susah untuk dipujuk itu aku akuiii...ehehhe


TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..ak.
Memang aku tak pandai pun bab pujuk2 ni.Biler aku rase aku dah pujuk tak jalan gak,aku bia jek..bia die pujuk diri sndrik jek!Ngade sangat!huhuhuhu

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
Yang ni sangat setuju!Memang setia abes laaa...smpaikan kadang2 jadik bodoh pun ye gak.Malas komen panjang la bab ni.huhuhu

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi
Degil tak boleh teleransi tuh takde la setuju 100% kire 70% laaa..muahahahaha..kire degil gak la sebenarnye aku niii..tapi depends ngn situation n ngn sape adku deal wit time tuhhhhhh!!!~

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
Yer hati aku ni pun lembut gak sebenarnye.Nampak jek keras kat luar.Dalam hati ni same jek cam orang len.Tak boleh ditegur kadang la,lebih2 lagi bile aku tau aku betul dan orang yang menegurnye tah pape.Tarik muke?jarang sangat aku wat.

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..
Ye betol setakat ni aku mang sangat berdikari...Mudah bergaul???sungguh bukan aku!Sekejap dapat kawan?pun tak bape nak setuju.Aku ni payah siket ngan org baru kenal.Kalo pasal adik beradik mang aku amik berat!sebab aku sayang dierorang sangat2!Tapi bab control n report tuh lgsg tak la!

Yeahhh!!Datz me ;)

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri
Memang aku benci orang mengarah aku!Sangat2 benci!Lain la kalau mak bapak aku!Tak boleh keje ngan orang?Mungkin kot!Tapi ader time aku ok jek!Kalau berkeje ngn org ni aku still boleh layan kot!Dah name keje bawah org!Agak2 la xleh diarah!Skang ni aku lom keje so tang keje sendiri tuh,no komen.

PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah
Ye aku pemaaf n caring!Tapi aku kalo dah naik angin memang buruk sangat2!Sampai boleh bertumbuk!Helmet pun boleh melayang ke muke korang!Ni kisah benar ye..pernah terjadik!Tuh mang dah klimaks dah tuh dah capai tahap xleh blah punye kemarahan.


PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....
Nak up to date tuh xde ler!asal aku rase cantik,aku larong gak la..lantak la up to date ke tak ek...nak kemas tuh boleh laaaa..tpi kadang selekeh gaks aku ni biler aku pandang kt cermin..huhuhuhu...

Tuh jek la kot komen2 aku pade stetment2 tentang anak kedua ni.Sebenarye mende ni depends on individu tuh sendrik.Tak semestinye ikot anak ke berapa dalam adik beradik!Dah pangai nye cengituuuu..huhuhu
Siguiente Anterior Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM