Jika benar si Dia mencintai kamuuuu...
© Dia tidak mampu memberikan alasan atau sebab kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu dimatanya dihatinya hanya ada kamu
© Walaupun kamu sudah ada teman istimewa,dia tidak peduli,asalkan kamu bahgia.Dia turut bahgia melihat kamu bahgia dan kamu tetap menjadi idaman dan impian dia.
© Dia menerima kamu seadanya,di mata nya kamu adalah yang terbaik dan tercantik untuknya,walaupun dimata orang lain kamu adalah yang terburuk.
© Dia sentiasa ingin tahu apa aktiviti kamu,perkembangan kamu dan segalanya tentang kamu.
© Dia sentiasa menghantar sms ringkas2 seperti “tengah buat apa?” “good morning” “good nite” “take care” walaupun kamu tak membalasnya.Dengan cara itu dia menunjukkan rasa cinta dan cara die mengambil berat tentang kamu.Bukan dengan madah dan ucapan “i love u” semata.
© Dia akan selalu ingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
© Dia selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
© Dia akan belajar menggemari apa saja yang menjadi kegemaran kamu.Padanya apa yang menjadi kegemaran kamu adalah amat penting baginya.
© Jika kamu tidak sihat,dia akan sentiasa telefon atau sms bertanyakan tentang keadaan kamu,kerana dia bimbang dan peduli tentang diri kamu.
© Jika kamu bakal mengambil ujian pasti dia akan sentiasa memberi kata2 semangat dan yang pasti ucapan atau sms “good luck” atau “all the best” akan dikirimkan pada hari tersebut, walaupun kamu beritahu dia seminggu yang lalu.
© Dia akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa dan amat dia sayang.
© Kadang-kala dia akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
© Dia selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
© Dia bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
© Dia sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
© Jika kamu meminta dia untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan dgn sabar membantu walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia.Malah dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
© Jika kamu melihat handphone dia,hanya nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
© Jika kamu cuba menjauhkan diri daripada dia atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
© Bila tiba suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.