Showing posts with label Join Segmen. Show all posts
Showing posts with label Join Segmen. Show all posts
0

KAD SEBAGAI PENGANTI DIRI

Dulu aku suke wat kad sendirik..
Zaman sekolah menengah zmn matrik rajen la..
ade mase..mcm2 kad aku wat..
men tampal2 men gam2..
sume tuh dulu laa..skg haram..
satu kad pun tarak..
dulu untungla si dia slalu dpt kad dpd aku..
bentuk hati la bentuk jantung laaa ;p
siap tampal kt locker lgii..siap kene ngucing ngn kengkawan..
(zmn mude remaje la kate kan)
kdg2 saje jek bg kad xde pape hari istimewe ke ape ke..
tpi terase nk bg kad..
ape lg aku men la gunting2,potong2,gam2..smpai cm tongkang pecah bilik ak diwat nye..
tapi hasilnye memuaskan..
berbanding yang dibeli..
yg penting usahe n originality tuh..
di buat dengan kasih syg tau..
dh citer pnjgn lebar nii..sebenanye wt aku teringt psl buat kad ni..
ak terjumpe satu blog ni yg wat giveaway mase ak tgh blog crawling..ngeh2..
tbe2 rase nk join..
mane tau ade rezeki dpt la guestbook syantek tu nt...
tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yg tahu kan..
ecewahhh..!~

ni haaaaa guestbook yg syomel tuh..gewam jek saye...


kalo korg terase nk join gak klik sini yeee GIVEAWAY



alaaaaa teringin gak aku nk tempek hasil keje ak wat kad ketika dahulu kala..
tapi takde simpan gambo koleksi kad laaa..
huuu sedey..
mgkin ak boleh mule balek minat tuh..
mgkin skali skale..walaupun xsekerap dulu

2

CONTEST: Gambar Sewaktu Zaman Persekolahan

Terasa nak join contest ;)
Saje suke2 cube nasib.
Lagipun ade mase dan idea sikit ni.

Antara kenangan yang terindah sewaktu zaman persekolahan,gelak tawa,susah senang dan kenakalan bersama.

Antara koleksi gambar kami daripada Form 1 (2000) hingga la Form 5 (2004)
Walaupun terpisah antara kelas setelah PMR,kami tetap berkawan rapat dan bergelak ketawa bersama.
Zaman sekolah adalah saat yang paling indah dan gemilang untuk aku.
Banyak suke duka bersame.
Jatuh bangun.
Hinggakan kami ada tempat tetap untuk sesi luahan perasaan atau pun yg biase kami panggil "sesi curhat"
Tempat biasa kami curhat adalah di Tasik Y berdekatan dengan sekolah kami.
Kami ade tempat istimewa iaitu "pokok kami"
Kalau singgah ke sane pasti kami akan memanjat pokok tuh sambil bergelak ketawe bersame ;)
Rindu nye saat ituuu
Sehingga kini pokok itu masih disitu tak silap aku.
Masih menyimpan 1001 kenangan kami ;)
Selama 5tahun di zaman sekolah menengah tu,macam2 peristiwa jadik.
Saat pahit,saat manis bersama.
Saat kene rotan satu kelas.
Saat sedih berpisah,walhal berpindah kelas lain jek.
Sekolah masih sama.
Heheheh.Tersenyum sendirik biler teringat.
Aku sayang korang semua..
Aku rindu saat kenakalan kita bersama ;)

Suatu ketike duluu ;)

Begitu cepat rasanya masa berlalu..sekarang ada antara kami yang sudah berkahwin..

Yang lagi maju,sudah beranak pinak.
Ade juga yang sedang menunnguu detik2 kelahiran.
Ade yang menunngu detik pertunangan.
Detik perkahwinan..
Tapi kami,tetap seperti dulu,tetap berkawan ;)


12

SEGMEN : AKU BENCI ROKOK !!


Tengok betape bahye nye kandungan yang ada pada ROKOK ni.
Bukannya tak tau merbahaye.
Tapi masih juga tak boleh tinggalkan.
ishishish!!~
Join lagi segmen bersama abg BEN ASHARI  
Tajuk segmen kali ni adalah tajuk yang paling aku suke!!!!
AKU BENCI ROKOK!!




KENAPA AKU BENCI ROKOK?
Di tekan kan disini yer.Aku BENCI ROKOK bukan aku BENCI PEROKOK.
Aku BENCI ROKOK kerana bile dia dah dinyalakan dan kua asapnya.
Aku tak tahan!
Tak tahan sangat2!
Hidung aku tak boleh nak terima.
Rasa sakit sangat hidung aku ni.
Kadang2 boleh sampai naik ke kepala,
Kadang2 boleh sampai nak termuntah.
Tak tahan wooo..
Lebih2 lagi time aku nak makan.
Time tuh jugak la ade orang nak nyalekan rokok.
Memang kena maki la dengan aku.
Dan aku tak boleh tahan bau ROKOK yang melekat kuat kat badan lelaki.
Cepat2 aku jauhkan diri.
Sampai ada satu hari tuh sorang member lelaki aku ni kecik hati.
Xtually bukan sorang jek member lelaki aku yang kecik ati kot.
Ade beberape.
Maaflah.Aku bukan tak suka korang.
Tapi AKU BENCI ROKOK.
Yang korang dok hisap tuhh.
Lagi tak boleh blah kalau depan baby n budak2 kecik pun dok hembus asap rokok tuh.
Bikin hati aku panas jek.
Tau tak yang sekeliling ni lagi teruk tau kesan nya nanti.
Lagi teruk daripada si penghisap!
Kalau tak sayang diri sendrik pun.
Sayang la orang sekeliling andaaaa...

PESANAN BUAT MEREKA YANG MEROKOK DAN BAKAL MEROKOK
Bagi yang merokok tuh bawak2 la berhenti.
Tak pun kurang2 kan la merokok tuh.
Elak merokok berdekatan ngan orang
.Lebih2 lagi time orang makan dan jauhkan daripada kanak2 kecil.
Baik duit tuk beli merokok tuh simpan tuk makan.
Rokok dah la mahal.Kan2?
Yang nak cube2 try2 merokok tuh.
Lupakan la niat anda2 sume yer.
Bukan nye asyik masyuk sangat pun
Mudaratkan kesihatan!Duit pun melayang.eheheh

PENDAPAT MENGENAI YANG MEROKOK NI
Tak semua yang merokok ni tak pikir orang sekeliling.
Ada ramai yang masih peka dengan orang sekeliling.
Hanya merokok di tempat tak de orang.
Seprti dalam toilet dan berada jauh daripade orang2 yang tak merokok.

NI SALAH SORANG MEMBER AKU YANG KECIK HATI AKU TEGO PASAL ROKOK.SAMPAIKAN AKU NAK SNAP GAMBAR PUN DIE PALING.*SORRY* (nak gak tempek gambo tuh ;p)

11

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU

Join lagi Segmen ABG BEN ;)
Last minit nihh...hentam sajelah..eheheh



Kenangan bersama ibu tercinta amat la banyak nyer..
Tak terhingga..yela..selama 24 tahun dia bersama aku..tak pernah pisah..
Setakat setahun duduk jauh dpd mak tuh tak dikire ler..
Mak adalah orang no1 dalam hidup aku..
Sape yang tak leh terime mak aku sama la macam die takleh terime aku..
Mak adalah orang paling penting dalam hidup aku
Dialah ibu,dialah sahabat,dialah penawar,dialah segalanyaaaaaaaaaaaa...
Aku teringat masa aku down dulu..
Saat aku rase bagai aku tak mahu lagi  berada di dunia ni..
Dia la sentiasa bersama aku...
Support aku,sentiasa memahami aku..
Aku paling sedih denga mak cakap camni 
"mak risau,mak sedih tengok dayah nangis macam ni"
Mane tak aku ni bukan jenis mudah nangis.
Lagi2 la dah besar ni..
Tbe2 ade satu ketika ni aku tak berhenti nangis..
Time ni mak aku sentiasa ada,sentiasa msg,sentiasa kol
Sentiasa tanye keadaan aku..
Aku rasa sangat kasih syg mak aku time tuh..
TERIMA KASIH MAK ;)

Abah juga amat penting dalam hidup aku.Tanpa mak dan abah siapalah aku kat dunia ni.
Tapi no1 tetap my BELOVED MOM ;) Sori abah ;p
NAK JUGAK TEMPEK GAMBAR ;P


Aku tak pernah terpikir nak hantar Mak Abah aku ke Rumah Orang2 Tua.
Selagi aku masih hidup dan berdaya,aku nak jaga sendiri..kalau mak abah leh bela aku smpai besar.
Nape aku tak boleh kan ;)

Yang merebut harta pusaka mak bapak tuh memang jenis tamak haloba.Harta bukanlah segalanya.

Sampai disini saja...SEKIAN TERIMA KASIH.
11

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL



Join segmen abg BEN lagi ;)
Hari2 ada segmen..seronok jugak!Ada masa ni join la.ehehe.
Mari terus ke tujuan asal.Menjawab lagi soalan2 abg BEN kite...


Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Semestinya la pernah.eheh.
Jatuh cinta bukan kerana fizikal,tapi kerana keperibadiannya.
Cara dia melayan dan menghargai diri aku.
Yang tak mampu dan tak pernah lagi orang lain buat untuk diri aku.

Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Fizikal tu penting jugak.Asal yang sedap mata aku ni mandang.
Tapi ianya bukan la menjadi suatu yang utama bagi aku.
Yang UTAMA adalah dalaman diri dia,hati dia.
Kecantikan dalaman adalah lebih penting daripada kecantikan luaran.
Kecantikan fizikal bila2 masa je ALLAH boleh tarik.


Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Mata dan senyuman.Redup mata dan senyuman manis mampu membuat aku terpaut ;p

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi 
tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Setuju!Kerana jika dah berkahwin hidup lebih terjaga dan terurus.
Yela dah ada yang saling ingat mengingati.
Begitu juga jika tengah bercinta.Hati senang..makan pun banyak.
(mengikut pengalamn aku la ;))

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda .
Tak setuju.
Sifat dan karakter seseorang bukan berlandaskan fizikal dan rupa paras seseorang itu.
Banyak je yang tak kacak tapi kaki perempuan dan "BUAYA".
Begitu juga yang perempuan,melambak je yang tak berapa nak cantik bersikap materialistik.
Pendapat aku la..

Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
Lelaki idaman aku adalah yang menghormati kaum hawa,yang protektif,yang tak panas baran,yang soft (bukan bapuk ok),penyayang..Aku memilih si dia kerana aku rasa karakter dia dan cara dia mampu mebahagiakan aku.Dan aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang melayan aku seperti dia (wat masa ni la...)

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
"Si dia" di atas dah tidak bersama aku lagi.
Tapi memang wat masa ni aku rasa  
dia yang terbaik.(bukan nak wat citer sedih k)
ahahahaha
Aku terima seadanya!~

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
Kalau betul menyayangi dan menyintai pasangan,wajiblah terima dirinya seadanya.Terima la dia di waktu terburuk dan terbaik dia.SEKIAN TERIMA KASIH!!!(cm mrh pulek ;p)

Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Ianya bergantung dengan diri dan kesesuain yang mengambil nya.Ada yang produk A ni tak sesuai dan mujarab untuk Insan Y tapi sangat mujarab untuk insan Z,begitu juga sebalik nya.Tapi ada gak produk yang propa je lebih.Tipu!ehehehe.


Ok siap!!!Sudah join program abg BEN tuk kali ke-3.Buat la banyak2 lagi program yer..eheheheh ;)

16

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Join program abg ben tuk kali kedua.Banyak program yang termiss sebab tak menyempat.
Soalan daripada abg ben kita...

Sila ceritakan latar belakang anda.
Hidayah nama diberi.Boleh panggil Dee je ;)
Anak ke2 daripada 4 orang adik beradik.
Kakak yang agak garang,tapi penyayang tau..
Dilahirkan di Johor pada tahun 1987
Mak abah saya pun dilahirkan di Johor
Anak Jati Johor

Profesion anda sekarang ?
Masih lagi seorang pelajar dan juga merangkap sebagai GRA.
Bukan GRO tau ;p
GRA-Graduate Research Assisstant

Blog favourite anda .. kenapa ?
Blog TOTIN JAMAIN (sebab blog dia ni besh!funny!info pun banyak!mcm2 ada ;))
Lagi satu blog SEKAMARRINDU (banyak sangat info yang besh!dan juga penuh ngn entri2 puitis)

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Memandangkan aku pun baru je berkecimpung dalam dunia blog ni..setakat ni takde lagi kot blog yang tak suka.

Impian anda terhadap blog anda ..
Tujuan asal aku wat blog adalah hanya tuk suka2 n jadikan tempat luahan perasaan.Jadi aku takde la impian yang besar mana untuk blog aku ni.Cukup sekadar mampu memberi sedikit manfaat pada yang menyinggah dan membuat mereka tersenyum ketika membaca entri ku yang tah pape ;p




ITU SAJA.SEKIAN TERIMA KASIH ;)
7

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI




SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Siapa yang berminat nak join. MARI KLIK
Mari join ramai2 ;)
Anterior Inicio

BeLoved MoM

BeLoved MoM